Saturday, March 17, 2012

Siapa lahir pada bulan Mac... angkat tangan!

Saya!

Hehehe... saya bercakap (tulis) bagi pihak suami saya.


Selamat Hari Lahir Abang aka Ayah


3 Mac 1969... ce kira dah brapa tahun???

Saya!

Saya bercakap/tulis bagi pihak Dania pula...


Happy Birthday sayang ibu dan ayah.... Dania cuma nak hadiah ikan aje...


Manis ibu ni lahir pada 12 Mac 2002...

Alhamdulillah... kami masih berkesempatan hidup di alam sementara ini.... Bahagia hidup bersama-sama dan semoga bahagia juga kita di akhirat kelak...

Allah, kami mohon taufik dan hidayahMu Ya Allah... Tetapkanlah iman kami, matikan kami dalam Islam, kurniakan kami kejayaan dunia dan akhirat, lindungilah kami dari jin, iblis, syaitan... lindungi kami dari manusia2 yg kejam.

Saturday, March 3, 2012

TAHNIAH WAHAI SAHABAT!

Saya menerima panggilan telefon dari sahabat saya ni pada mlm 27 Feb, masa tu saya tgh berbuka puasa. Beliau membawa perkhabaran yang amat-amat menggembirakan hati saya.... tetapi, tidak pada diri beliau sendiri. Bukannya dia tak gembira.... cuma... terkejut dan nervous sbb unexpected dan tak terpikir langsung bahawa jemputan akan dihantar pada tahun ini. Sepatutnya tahun 2014.


MasyaAllah.... saya sungguh2 teruja (saya pulak yg lebih2) sbb sahabat saya ni mendapat jemputan utk menunaikan haji pada tahun ini... bukan sebagai jemaah standby, tetapi TERPILIH! Beliau pula???? Mcm2 persoalan yang bermain2 di fikirannya.... persiapan rohani dan jasmani, dan yg amat merisaukan hatinya adalah .... tiada mahram...

Ye. Mmg perlu ada mahram kalau nak ke sana. Sekiranya tiada mahram lelaki, perlu ada 3 org perempuan (termasuk diri sendiri). Tetapi, saya cuba meyakinkannya yang itu bukannya penghalang utk pergi menunaikan ibadah haji. Sekiranya hingga ke saat akhir pun masih tiada mahram, Tabung Haji akan arrangekan. InsyaAllah.... semuanya akan selamat dengan izin Allah. Perancangan Allah lah yg terbaik.

Minggu ni masuk siri ke 4 kursus haji. Maknanya, dia dah terlepas 3 siri kursus. Tak pe.... siri2 awal ni byk mengenai pengenalan2 shj dan.....I'm always here. Pengalaman haji tahun lalu masih hidup segar bugar dalam ingatan saya. Saya dgn senang hati sudi utk berkongsi.

Pada ketika itu, hatinya masih berbelah bagi. Wahai sahabat.... alangkah bertuahnya kamu... mendapat jemputan tanpa perlu berusaha keras seperti saya. Lihatlah saya.... setiap tahun hantar rayuan.... tapi tak berjaya. Tahun ke empat merayu, barulah dpt status standby... dan everything... all set! Passport pun TH dah pegang... tinggal confirmation status on additional quota from Saudi je belum.... towards the end, tak dpt juga pergi... Bukan kamu tak tahu itu.


But, alhamdulillah... akhirnya kami dapat menyempurnakan Rukun Kelima itu pada tahun lepas. Itu bahagian kami yang telah ditentukanNya..... Itulah Kenangan Terindah kami yang semua org belum tentu boleh dapat. Even yang paling kaya di dunia pun belum tentu boleh dapat jika ditutup mata hatinya. Astaghfirullahalazim.....


Setiap hari saya cuba meyakinnya dan semakin hari, hati sahabat saya ni lebih terbuka dengan jemputan istimewa itu. Saya memang yakin beliau boleh pergi bermahramkan org yg tak dikenali... sbb beliau ni hebat... berjiwa kental. Saya juga ada bertanya2 kpd sahabat2 yg lain sekiranya ingin menunaikan haji pada tahun ini.... bolehlah pergi dengan beliau sama2. Tapi, buat masa ini.... belum ada lagi.


Kaabah... center of the earth (sumber: Boston Big Pictures/div>

Dan... akhirnya... semlm saya lihat beliau telah membuat keputusan utk menerima tawaran tersebut. Syabas inspektor sahab! Allah akan membantumu.

Saturday, February 11, 2012

Program Maulidur Rasul di MBA

Assalamualaikum....

Macam biasa, saya siarkan siaran tertunda....

5 Feb 2012 (Ahad), Salam Maulidur Rasul 1433H/2012M kepada pembaca blog saya yang beragama Islam..... Bersama kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kecintaan kita terhadap baginda SAW yang menyampaikan nikmat Iman dan Islam buat kita hari ini. Kitalah umat yang dirindui Rasulullah..... Adakah kita merindui baginda sebagaimana baginda merindui umatnya?

Masjid di rumah saya (MBA) juga ada menganjurkan program Maulidur Rasul ni pada hari tersebut. Program dimulakan dengan solat Subuh berjemaah, diikuti dengan kuliah Subuh khas Maulidur Rasul bersama Ustaz Dzulfadzli. Hmmm... masa ni, tak ramai yang hadir... maklumlah.... Subuhhhhhh....

Kemudian, sarapan pagi...... solat Dhuha....... berzanji dan berselawat.... dan acara kemuncaknya, acara bersama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Dimulakan dengan solat sunat hajat berjemaah dan seterusnya ceramah bertajuk `Sehari Semalam Bersama Rasulullah'. Of course masa ni, org ramai dtg..... berganda2 jika dibandingkan dengan kuliah Subuh tadi...

Gambar diambil oleh suami saya.....

Baru sampai..

Doa selepas solat hajat

Pelbagai gaya dari beliau

pendengar lelaki

pendengar wanita


Pernah tonton rancangan 30 min Bersama Ustaz Don (mcm tu ke tajuknya, saya kurang pasti) di TV Al-Hijrah? Saya pernah 3-4 kali.... pas tu, tak sempat..... Cerita yang disampaikan, sama mcm yg disampaikan dlm tv tu.....

Mcm2 manapun, penyampaian beliau memang menarik..... Cuma.... tak habis. Masa memangnya terhad dan beliau perlu pergi ke satu tempat yg lain pula.... tapi, tu la.... rasa tak puas hati sbb cerita tergantung. Saya ada bbrp kali melalui pengalaman serupa (dgr ceramah, tapi ceramah yg disampaikan tak complete sbb tak cukup masa).

Hmmm... pada saya, kena pandai atur masa... Mungkin tak perlu nak cerita semua, cuma fokus pada satu tajuk kecil tapi, kasi selesai.... Itu pandangan saya lah.... secara umum, tidak memaksudkan kepada beliau sahaja.........

Antara sajian tengahari yang dihidangkan
Gotong royong memasak ni..... tapi saya tak join :P

Sambil menikmati jamuan, dihiburkan oleh
kumpulan marhaban MBA

Jgn tak caya....
ahli2 marhaban ni disertai oleh datuk/dato'
adik menteri pun ada
Itulah salah satu keistimewaan penghuni2 di kws perumahan saya ni.... Ramai yang berpangkat dan berdarjat, tapi tak sombong... alhamdulillah.....

Tuesday, February 7, 2012

Cerpen

Cerpen bermakna cerita pendek.... Ye ke cerita pendek? Ye.... saya menggabungkan beberapa cerita dlm satu entry...

Alhamdulillah.... 16 Disember 2011, lebih kurang 9.30 mlm, saya dan suami selamat sampai ke tanah air..... Perasaan sedih dan gembira bercampur baur, sangat sedih meninggalkan tanah haram dan bersyukur kerana bertemu kembali dgn keluarga tercinta. Tak sangka, ramai yg dtg menyambut kepulangan kami di KLIA.

MANGGA OH MANGGA
Masa di Mekah, at least 2 kali sehari kami skype ngan anak2.... guna ipod je.... laptop tak bawa... kamera pun tak. Salah satu cerita masa skyping (ada ke perkataan ni???) adalah pasal mangga.... alaaaaa.... mangga saya yg tak pernah berbuah tu... kalau nak baca semula di Sedekad Lebih Penantian.


Anak saya menayang2kan buah mangga tu dlm skrin ipod.... Waaaahhhhh, sangat besar... saya agak sepanjang pembaris panjang tu. Ye! Sangat2 besar.... mak kata dia tgk mangga bersaiz sama di Giant berharga hampir RM10 sebiji. Daaaaaannnnnnn...... isinya sangat2 manis daaaaannnnnn....... tak de ulat langsung! Syukur alhamdulillah... kuasa Allah, pokok yg tak pernah berbuah telah membuahkan hasil yg sangat2 baik.

Ramai juga yg dpt merasa isinya.... jiran2, sepupu yg dtg rumah melawat keluarga saya semasa ketiadaan kami dan juga org yg panjang tangan.... tak pe la, rezekinya juga... kami halalkan. Mak tinggalkan untuk kami juga.....

Ni yg bersaiz kecil...
Kalau dibanding dgn yg Dania tunjuk masa skype

MUZIUM TENTERA DARAT
16 hingga 18 Disember, saya mengikuti kursus di Avillion Admiral Cove, PD. Banyak kali stay di Avillion, tapi saya sangat suka.... bersih dan cantik. Setiap kali nak balik ke KL (dari PD), setiap kali tu lah Dania ajak singgah di muzium ni.... Sebelum ni, saya dok je dlm keta... zzzzzzzz..... Tgk dari luar, mcm boring je....
Kali ni, baru turun sekali.... Hmmm, sebenarnya menarik juga dan tiada fee dikenakan pada pengunjung. Banyak benda utk dilihat, dan......penat utk cover semua. Pengunjung pun, boleh tahan ramai.... Tu la, don't judge the book by it's cover!

Permintaan Dania utk bergambar dgn abg sojar

Fail peribadi Leftenan Adnan
Mmg dari dulu fail peribadi ni warna putih ye...

KURSUS ANALISIS KUANTITATIF @ INTAN BK
Saya mula berkursus di Intan BK mulai 22 Nov - 20 Dis 2011 (6 minggu). Kursus on modular basis, dimulai dengan Research Methodology, Statistical Analysis dan SPSS. Kursus ni wajib ke atas setiap penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan saya sgt2 appreciate kursus ni.... sgt bagus dan berguna.... tidak dinafikan.
Dikendalikan oleh pensyarah INTAN yang sangat berpengalaman (ada juga yg baru). Cumaaaaa..... pengajarannya agak speeding, mungkin masa tak cukup (6 minggu, tak cukup lagi?) atau gap yg tinggi antara lecture's expectation dan students' ability? Ye... tak cukup utk covers semua silibus dgn baik. Semuanya rushing aje.... dah la kita ni pelajar `lama'.... Uissshhhh, meletihkan mental dan fizikal. Abih satu modul... bersiap utk presentation dan exam.... mcm tu la for each subject.
Mcm2 pengalaman kami kutip kat sini....
  1. Satu kelas kena marah dgn librarian sbb bising dan makan sesuka hati dlm library... katanya, tak pernah ada group QA berkelakuan mcm ni (ayaks!).
  2. Balik lambat sbb buat assignment, plg lambat pukul 11 mlm keluar dari INTAN.... fuyyoooo... kelas ko! Abih exam last day pun.... stay back sbb assignment tak siap2!
  3. Group saya kena marah dgn lecturer masa lepas presentation... plg saya ingat ayat dia... this is the WORST presentation ever! Mak aiiii.... kena marah depan semua org, tak tau mana nak sorok muka oiiiiii..... Rasa sesia je balik lambat. Tapi... lepas2 tu kami pi jumpa dia personally... mintak maaf sbb tak paham2 (huhu... sedeyyyy). Kami kata, last minit kami sedar apa yg kami buat tu salaaaahhhhh.... Pas tu dia kata... knape tak minta extent masa???? Huhu... mana kami tau bole minta extent..... TAPI.... presentation lepas2 tu, group kami mendapat pujian pulaaakkk.... Presentation group lain tak seperti yang dikehendakinya.... katanya kat depan class... Do you remember, class??? This group made a big mistake last presentation? Tapi sekarang sudah bagus.... Itulah, bukan senang nak berjaya.... Org yg jatuh tapi tak putus asa, akan berjaya.... bukan senang nak berjaya.... bla..bla..bla...
  4. Conflict dgn ahli group sendiri, kesian sahabat saya tuuuu.... Tapi bukan group saya... Ahli group saya baik2 semuanya.... Ahli2 yg pandai mengajar yg belum pandai tanpa jemu... Sgt2 berterima kasih. Group saya ada yg dari DCA, KPKT, MAMPU, Jakim, Perikanan, Landskap dan MQA (of kos!).
Mcm2 lagi la kenangannya..... pahit dan manis...
    Group saya

Our class.... Total peserta 103 ke 104 (tak ingat)

HAPPY BELATED BIRTHDAY, ERIN
13 Nov, birthday Erin yang ke 7.... tapi kami di bumi Mekah Al Mukarramah lagi.... Masa tu, mak ada juga beli kek... tapi Erin kata... uwan lain, ibu lain.... Hokeyyy... kita beli lagi kek ye... kek aiskrim rabbit....


Happy Belated Birthday, Erin...
Tgk la mata aiii.... tak cukup rehat penangan kursus QA (poyos)


SELAMAT BERTUNANG AIN

20 Jan 2012.. anak buah saya bertunang dengan..... hmmm, sape namanya ek... senang citer, dgn jejaka phoojaan hhhaatinya.... Tahniah Ain... Gambar empunya blog mesti enterframe!


Haaaa..... pendek tak cerpen saya??? Pendekkan.....

Saturday, January 14, 2012

Update terkini

Assalamualaikum....

Lama tak dengar khabar berita.... Jemput jengah ke... Kenangan Terindah

Sunday, October 2, 2011

...................................

Hari Khamis mlm Jumaat hari tu, buat majlis doa selamat sempena pemergian kami (dan ada lg 2 org jemaah) ke tanah suci nanti, khusus utk qariah Bkt A'bangsa... buat kat masjid. Semalam kenduri kecil2an, doa selamat... saudara-mara terdekat je. Mcm biasa Bang Long lah yg memimpin majlis...

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.... dan tetamu hadir sampai ke malam. Mana2 sahabat yg nak dtg ziarah, saya jemput terus ke rumah hari Sabtu tu. Thanx (Nad AR) for coming.... dan Ekyn... (Kyn, aku sgt1000X appreciate your visit... kindness, advises... everything... Ko mmg tak pernah jemu bg semangat kat aku). Zeti is coming over this morning...

Mlm ni, ramai gak uwan2 dan mak sedara tido rumah. Kebiasaannya, kalau Mak Su ada, anak2 saya ni nak tido ngan anak2 Mak Su. Saya ingat, semuanya mcm tu lah mlm tadi... tapi, tak... semua nak tido ngan kami. Sejak seminggu lepas, semua anak2 tido ngan kami.

Mlm tadi bila semua dah ready nak tido (I mean dah masuk bilik) saya menyambung mengemas2 brg2 keperluan yg perlu di bawa... Dania dah menggesel2 kat tepi saya. Lain macam aje, tengoknya.... mukanya sedih, matanya berkaca.... Terus saya peluk dia erat2.... dan air mata dia mengalir laju.....

Dania berkali2 suruh saya merayu kat TH mintak balik Malaysia cepat... Saya senyum aje dan tak respon pd pertanyaan dia sbb saya tak boleh nak janji. Saya tau, mintak balik cepat... susah, tp kalau nak balik lg awal... senang... Ekyn pun berkali2 ckp mcm tu.

Hati ibu mana yg tak tersentuh..... mcm2 saya cuba pujuk hatinya... ~nnt, ajak la uwan pegi mkn McD ke... KFC ke... ajak Wan Su tido rumah... ajak uwan pegi rumah Wan Su... bla.. bla.. bla...~ Tapi, semua tu tak mampu nak menceriakannya balik....

Erin? Erin looks like ok... may be dia belum terasa kehilangan lagi... Kakak? Saya tau dia nangis, cuma tak tunjuk kat saya... Obviously, mlm tadi... anak2 saya ni jadi pendiam.... Kalau takkkkk, selagi tak tutup lampu, dorang ni akan kecoh, bising dan bergelak ketawa lagi (w/pun berkali2 saya sound takut jiran sebelah terganggu)...

Lain.... suasana mlm tadi sungguh lain......

Beratnya hati saya... Saya tau, Allah akan memelihara mereka sepanjang ketiadaan saya dan abg... Saya tau, jiran sekeliling akan bantu saya menengok2kan mereka... Saya tau, saudara mara saya akan mengambil berat kebajikan mereka... Tapi, saya tetap rasa lainnnnnnnnn.... Saya sgt2 tersentuh melihat mereka mcm tu......

Ya Allah, berikan kekuatan kepada saya utk tidak menangis semasa di Kelana Jaya nanti... tapiiiiiiiiiiii....................... saya kenal diri saya sendiri... saya tak akan mampu menahan kesedihan.. saya ni kan c.e.n.g.e.n.g. (paham ke... penyedihhhhh...).

Dari mula dpt berita saya dan abg dipilh utk menunaikan haji.... hati saya sentiasa gembira.... terasa semua perkara2 yg menyedihkan saya tertimbus dengan kegembiraan tersebut.... Saya jangka saya akan terus senyum hingga ke hari ini.... Bukan niat saya utk meminggirkan perasaan anak2, cuma saya tanak layan perasaan saya lebih2.... sampai ke mlm tadi, saya rasa saya masih gahhhh...

Tapi...... Dania dah feeling2... saya... saya.... Haih, sukar nak ceritakan apa yang saya rasa skg ni...

Semalam, ada juga kwn2 masjid mak dtg ziarah.... cerita kat saya yg mak terus tepon dia sebaik shj dia dpt berita (dari saya) yg saya telah mendapat jemputan sebagai tetamu Allah.... dan dia bercerita... mak nangis.... mak nangis bagi tau kat dia....... sedih dan gembira..... tapi, mak tak pernah tunjuk kat saya kesedihannya itu.... sepanjang tempoh ni, mak sentiasa tunjuk muka gembira..... Ya Allah, lindungilah harta yang paling berharga yg bakal ku tinggalkan ini... ibu dan anak2ku....

Saya paham... saya paham semuanya... Bak kata Bang Long semalam (semasa memulakan majlis), jgn dirisaukan keluarga dan harta benda yang ditinggalkan... tumpukan perhatian kpd ibadah haji.... Ye, saya paham dan terlebih2 paham.... Tapi, kenapa tiba2 saya rasa tak kuaatttt.... tsk.. tsk.. tsk...

Sahabat saya sekalian... saya mohon maaf, maaf sangat2 sekiranya saya pernah menyakitkan hati kalian, buat kerja tak betul, mengumpat, termakan, terminum, apa2 shjlah.... Saya mohon dimaafkan... InsyaAllah, saya akan sampaikan hajat sahabat2 sekalian di tempat2 yg mustajab utk berdoa di Madinah dan Mekah nanti... Doakan saya dan suami dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa agar kami dapat mengerjakan haji dengan sempurna....

Kami insan yang bertuah, yg telah dijemput menjadi tetamu Allah di usia muda (InsyaAllah). Saya harap, sahabat2 sekalian juga bakal mendapat jemputan dariNya.... Amin.

Thursday, September 29, 2011

Sedekad lebih penantian

Saya (dan famili la, of kos....) telah berpindah dari Wangsa Maju ke kediaman skg pada hujung tahun 1999. Awal tahun 2000, Pak Itam saya telah menanam pokok mangga kat depan rumah. Bukan depan rumah saya je, rumah Mak Su kat Balakong punnnnn... Kiranya usia pokok mangga saya dan Mak Su adalah sama.

Pokok mangga Mak Su menghasilkan buah dengan lebatnya.... slalu sgt berbuah, siap boleh sedekah2 lagi.... Tapiiii...... pokok mangga saya malu nak berbuah. Mcm2 petua diaplikasikan (cewah, apahal skema pulak entry kali ni), tp tak juga berjaya memujuknya.... Walau mcm manapun, ia masih tetap berjasa me`redup'kan kereta saya dan juga kereta jiran saya apabila di parking dibawahnya.... dah bbrp kali niat nak tebang, tapi..... sayang jugak.

Tapiiiii.... hari tu pokok mangga ni mula berbunga. Hati kami pun berbunga2 juga mengharapkan bunga akan menghasilkan buah. Dulu, pernah juga berbunga sekali, tapi bunga tu tak jadi.... gugur ke bumi (alalala... knape skema sgt ni)...heheheh.

Alhamdulillah, akhirnya bunga berjaya bertahan sehingga menjadi buah. Untuk pertama kalinya setelah 11 tahun ditanam, POKOK MANGGA SAYA TELAH BERBUAH.


Nikmatilah gambar buah2 ni.... teruja betulll
Itulah.... akhirnya, ada juga rezeki dari pokok mangga ini dan insyaAllah boleh merasa isinya. Ntah manis, ntah masam.... Wallahuallam.

Dalam hidup ini, kita tak boleh cepat putus asa sekiranya kita tak dpt apa yg kita hajati. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan permintaan kita cuma kita tak tahu bila... cepat atau lambat... Atau mungkin bukan kita yg menerimanya tetapi anak/cucu cicit kita... dan mungkin juga Allah tak beri seperti mana yang inginkan, tapi diberi dalam bentuk yang lain.... cuma kita yang tak perasan. Setiap apa yang dikurniakan, itulah yang terbaik buat kita....

Contoh yg sgt mudah.... pokok mangga ni la.... siapa tahu ia akan menghasilkan buah satu hari nanti. Dulu, mcm2 jangkaan keluar... takkan berbuah la.... pokok jantan la. Tapi, akhirnya..... berbuah juga....

Manusia..... yang sedihnya, bila susah... sakit... kecewa.... masa tu lah nak ingat kepadaNya.... Bila senang, sihat, gembira, bahagia??? Mungkin juga ingat, tapi tak sehebat ingatannya semasa derita.

~Muhasabah diri....~