Friday, June 15, 2012

Yang Mana Satu?

Assalamualaikum....

TERUJA (1)

Ada satu blog yg saya sentiasa follow... dan blog tersebut sentiasa update. Dalam diam, saya menganggap tuan punya blog tersebut sebagai mentor saya. Tulisan dalam blog beliau (suami isteri) sangat2 memberi kesan terhadap jiwa saya.... yg secara tak langsung sentiasa mengingatkan saya, mendidik, mengajar, memandu ke arah kehidupan yg lebih baik (insyaAllah).

http://www.muhdkamil.org/
Saya membaca setiap bait kata2 mereka dengan hati yg lapang dan terbuka dan seringkali hati saya tersentuh dan menangisi kekurangan yg ada dalam diri. Allah.... sedikitnya amalan, ceteknya ilmu... Sesungguhnya, tidak setanding amalan yg dilakukan berbanding dgn nikmat yg dikurniakannya... Nikmat Allah yang mana lagi mahu didustakan......

Hari ini, insyaAllah... beliau bersama isteri dan 2 org anaknya akan tiba dari Madinah. Balik bercuti di Malaysia sehingga pertengahan Ramadhan. Jadualnya di Msia amat padat. Salah satunya, Majlis Kesyukuran dan Pelancaran Buku di Hotel UiTM Shah Alam pada 14 Julai 2012. Saya dan suami telah mengesahkan komitmen utk hadir.... tapi...............

TERUJA (2)

Pada hari yang sama juga, Kak Nor dan Abg Lan (rakan haji) ada menjemput kami ke Ipoh, makan mee udang special. MasyaAllah... teruja sungguh. Teruja utk bertemu semula rakan2 haji yg disayangi.... Ianya seolah2 jemputan utk reunion. 

Saya dan Kak Nor dlm khemah di Mina
Saya tak perasan.... semasa saya menyatakan persetujuan utk hadir, saya telah menyatakan komitmen utk hadir pada majlis Prof Kamil. Allahuakhbar.... saya berfikir2 kembali.... Mungkinkah sempat jika saya pergi kedua2 majlis sbb majlis Kak Nor bermula pukul 3 pm (di Ipoh) manakala majlis Prof Kamil bermula 8.30 pagi? Tapi............

TERUJA (3)

Tiba2 family day (office abg) yg awalnya dijadualkan pada 6 - 8 Julai, telah ditunda pada 13 - 15 Julai.... Allahuakhbar, manusia hanya merancang.... Saya sukar membuat plihan. Yang ini merupakan acara tahunan yg ditunggu2 oleh anak2. Tambahan lagi, tempat yg di aturkan adalah tempat favourite saya. Alahai.... sukarnya saya membuat pilihan....

Go Genting!

Assalamualaikum...

Cuti sekolah baru2 ni, korang pi mana? Saya dah tak tau nak pegi mana... Err... sebenarnya, banyak aje tempat nak pegi (cam NZ ke, Paris ke, Armsterdam ke)... tapi.... tak mampu lagi... ekekekeke. Saya tanya anak2... nak pi mana? Dorang kata.... jom Genting... dah lama tak pi Genting.

Hmm, ye la.. dah lama. Kali terakhir.. 4 thn lepas kot... tak ingat. Dulu2, kami selalu sangat pi sana. Kalau tak de apa2 hal during weekend... ke Genting la kami. Sampai satu takat tu, dah muak! Naik Spinner (buai laju2 tu) sampai dah tak de perasaan dah.... Semua mainan naik. Yg Space Shot tu pun, sampai 2-3 kali ulang.... tapi yang tu, masih berperasaan lagi la (kalau naik).

So, ke Genting la kami. Dekat... blakang ghumah je (poyos). Tak cadang pun nak stay kat sana... ingat nak balik hari je (kata kat belakang rumah). Tapi... last minute decision, stay kat sana la. Last minute tu, benar2 bermaksud last minute! Sbb, kami booking bilik pada 5 June, utk stay pada 6 June. Bukak web site (ingat nak book thru online) dah tak keluar dah date utk check in 6 June. Hampa tiba2... dan terus putus asa (poyos the 2nd).

Lepas tu, asyik terpikir2 kesian kat anak2... kalau booking bilik, boleh dorang main sampai tutup! Akhirnya, saya call la (sbb online dah tutup utk date 6 June). Yg ada Hotel First World aje. Saya biasanya dok kat Theme Park Hotel, tp dah habis. Tak nak dok Awana sbb Awana kat bawah. Maxims lak... mahaiiii.

Mintak bilik superior deluxe sbb nak view luar, tak nak view dinding. Harganya???? Mak oiii... first time bayar rege bilik cam tu..... Beribu2 kali fikir (poyos the 3rd), akhirnya... book jugak. Asalkan anak2 bahagia la katakan..... Byk faktor harga bilik menjulang tinggi mcm tu... last minute... cuti sekolah... tak book thru online (booking online dpt 10% disc)... bilik luas sikit...

Keesokannya, 6 June... ingat nak keluar awal2 pagi... Biasalahhhhh, gedebuk gedebak.. breakfast kat luar... byr bil... kol 10 lebih baru jln betul2... eh, betul2 jalan... Sampai Genting kol seblas lebih. Sesaje try nasib kot2 la boleh masuk bilik awal.... Kat lobby hotel... maakk aaiiiiii, ghamainya oghang beghatur kat konter....

Saya beratur nak ambik nombor... saya ingat ambik nombor utk check in. Saya ingat (lagi?) check in kat konter. Tapi taaakkk.... check in kat mesin je..... Masuk IC, pas tu keluar la konci bilik. Sesenang ittew? Ye! Sbb pembayaran dah disettlekan b4 check in. Kalau nak dua koncisss, kena la masik dua IC. Alhamdulillah.... dpt masuk awal.

Ni le biliknya... Tuuuuu... kabus tebal kat luar.
Anak2 excited... puas hati saya.
Ingat, masuk bilik nak letak brg je... dan terus pi main. Tapi..... taaaakkkkkk. Makan lak dulu. Mak saya dah siap2 buat bekal. Ni yang bestnya kalau jln ngan mak.... pasti ada bekalan supaya anak dia tak payah keluar duit byk... hehehe. Kalau saya, tak kose la saya nak bawak2 bekal..... beli aje, tenang akal fikiran. Lepas makan... tunggu Zuhur lak.... 

Akhirnya, kol 2 lebih baru pi turun main.

Nampak org ijo ni dulu....
Favourite kaler Dania... (ada kaitan tak?)

Si anak melambai2 pada ibunya 

Owh, kelihatan sungguh bahagia sekali...

Maka, si ibu juga tak nak melepaskan peluang sbb tadi dilambai oleh si anak
Ibu yg di belakang tu pun melambai2 juga...
Naik gajah la pulak
Erin kata... tak nak naik dgn ibu...
Nanti gajah tak larat naik tinggi.... Chessssss!
Si anak dgn bangganya telah meninggalkan ayahnya di belakang





Sejuk! Tapi menten pakai slippers
Angry Dania?
Favourite kakak... 


Chomelnyaaaaa......

Panjangnya q nak masuk motion master...
Tapi... Demi Dania, ku gagahkan jua.
Finally, after 2 hours queuing.. 


Naik bilik kol 6 lebih utk solat dan dinner. Lepas Maghrib, sambung aktiviti. Outdoor tutup kol 10 mlm. Sambung ke indoor lak.... sampai kol 1 pagi... 

Esoknya 7 June 2012, kami check out tepat pukul 12 tgh. Nak check out pun, sangatlah senang.... masukkan aje kad tu dlm mesin. Done! Sangat2 convenience.

Cuaca masa tu pulak... sangatlah berkabus. Tebal. Risau juga... sbb jarak pandangan sangat2 terhad. Perjalanan tetap diteruskan sbb nak terus pi GH ~ mak nak pi x-ray. Kang, kalau lambat2... abih lak office hour.


Hamboiii... syioknya kamu.
Begitulah berakhirnya percutian kali ni... Daaaa.....

Friday, June 8, 2012

New look?

Assalamualaikum...

Saya tgk blog kawan saya tu.... dah ada rupa baru. Cantik! Blog saya? Masih berwajah lama.... Malahan, beberapa item telah dikeluarkan dari blog saya. Saya cuba utk menjadikan rupa parasnya seringkas yang mungkin. Rupa paras je yang diringkaskan.... cerita ceriti masih menten gittewww.... Dan, kalau sesiapa perasan, saya tak pernah letak apa2 iklan pun kat blog saya.... 

Labels saya jarang berupdate... ntah knapa tah! Kdg2, saya sendiri pun susah nak jejaki certain2 post. Akhirnya, saya letak `search' box utk memudahkan saya, dan juga sesape yg nak cari apa2 dari blog ni... (kalau ada la....)

Dan....

sumber: www.fsf.org/facebook

Saya juga telah temporarily terminated my FB's account. Dah 2 minggu dah.... Kenapa termporary je? Sbb kalau saya nak cari sesape, saya akan bukak balik. Saya sayang dgn contact list saya. Especially kawan2 sekolah, kwn2 `U' dan juga kwn2 haji. Tapi, setakat ni belum ada keperluan utk bukak balik. Temporary tu tak pasti sampai bila... 2 bulan? 1 thn? 5 thn? Atau.... ntahlah... saya pun tak pasti.

Kenapa sampai buat announcement? Sebab... bbrp org telah menyedari kehilangan saya dan bertanya ke mana saya menghilang. Saya ni bukannya sesape pun... tapi, mungkin sbb gambar2 mereka yg saya tagged dari FB saya, .... dah turut menghilang. Rupa2nya, all my comments were disappeared  too. Don't worry, sesape yg affected, can inform me.... i'll do s'thing.

Tak nak FBing lagi ke? Ha..ah! Tak nak.... buat masa skg ni la. Selama tak de FB ni, saya rasa lebih tenang. Saya tak lagi terbaca org tu ngata org ni, parti tu lwn parti ni, perli-memerli.... attention seeker... Saya penat! Tapi, saya tak menafikan yg FB juga byk provide info2 yg berguna....

Apa2 pun... saya rasa lebih tenang sekarang... hehe. 

Kadang2, sampai terfikir... should I do the same thing to this blog? Tapi, blogging adalah terapi minda saya... Cerita saya... kata hati saya....

Monday, May 28, 2012

Cerita Hari Sabtu

Assalamualaikum...

Ada byk peristiwa yg saya lalui semalam, 26 Mei 2012 (Sabtu)

CERITA 1: MENJADI IBU LIMA BINTANG
Ada ceramah di Masjid MBA hari ni. Tajuknya best... sempena hari ibu ~Menjadi Ibu 5 Bintang, Kenapa dan Bagaimana. Disampaikan oleh penceramah yang sangat2 best dan bertenaga, Dr. Harlina Halizah Siraj. Suppose, start kol 11.30... tapi, Dr Harlina lewat sedikit... maka, juruacara majlis kena ambik peranan...

Ada yg dtg dari Bangi, Cheras... dll
Juruacara Majlis
Pada saya, pandai si Wardina ni `membawa' majlis. Sementara Dr Harlina belum sampai, dia pun berceloteh la kat depan tu, itu ini, begitu begini.... dia suruh kita semua turn around, make new friends... berkenalan.... Menjadi juga.... Kenapa saya ckp cam tu?

Sebab..... dari tadi saya dok pandang2 tudung org blakang saya tu. Cantik! Saya suka.... tudungnya, tudung Syria tapi ada alas dagu sekali.... menutup aurat dgn baik sekali. Bila si Wardina ni dah suruh turn around, make new frens, bla..bla..bla... kesempatan itu saya ambik utk berkenalan dgn wanita di belakang saya ni dan terus tanya dia... beli tudung kat mana? Hahahaha.... sompek yo laie!

Menemuramah... `kalau sebut pasal parenting, apa perkara pertama yg muncul di fikiran?'

Pas tu... meh bergambar!

Kedatangan Dr. Harlina...
Elis! Shawl dia sama cam kita punye!

Best penyampaian dia... Kadang2 lembut, kdg2 tegas!

  Adakah anak2 anda berbangga bahawa anda adalah ibubapanya?
Ceramah habis tepat kol 1. Ada makan2 tapi saya bergegas pula nak ke rumah MyMaya Smile. Hari ni hari persandingannya. Makan nasi minyak Maya la... Sbl tu pi jemput Mawar dulu. 

CERITA 2: WEDDING MAYA
W/pun tajuk cerita 2 ni `wedding Maya', tapi tak tepek gambar kawen Maya pun... hehe. Gambar ngan Maya dicapture oleh photographer Maya. Tapi.... tangkap gambar ngan baby boom ahkak Kham. Comelnyerrr..... mulat! 


Gaya mulut anak muda zaman skarang... ecece

Fuhh... ngancam!
CERITA 3: MURTABAK GHAFFUR
Selepas balik dari wedding Maya, terus hantar Mawar kat tempat dia diambik tadi... hehehe. Then, straight ke gerai sahabat haji saya di Jalan Wangsa Melawati 4. Baru beroperasi 2 bulan dan inilah visit pertama kami. Dah lama berniat nak dtg tapi asyik sibuk tahapahapa. InsyaAllah akan dtg lagi. 

Murtabaknya sedap dan yg menambahkan ke`spesel'annya adalah kuah bawangnya yg istimewa! Telurnya dibasuh bersih sbl digunakan. Saya beli 6 keping. 3 keping dah selamat dimakan dlm keta.

Good Luck Atika!

CERITA 4: KEMATIAN
Sebelum ke gerai murtabak Atika, kami pi gunting rambut.... saya, Dania dan Erin. Dari thn 1987 lagi saya gunting rambut kat situ, sehinggalah dah beranak pinak ni. Bukan kat kedai pun, tapi dlm rumah flat kat Wangsa Maju tu. Sbl ni kan saya tinggal di flat Wangsa Maju since 1986 to 1999. Bukan apa punnn... murah. Masa Cina tu tgh guntung rambut saya, dia cerita la dia baru balik dari tgk kawan dia mati. Dia kata rumah kwn dia kat soo. Soo? Berkali2 saya tanya... Soo? Soo? Akhirnya, saya buat kesimpulan sendiri... zoo agaknya. Mmg dia kelihatan bersedih masa tu. Dlm hati saya... `jgnlah sedihmu kasi efek kat rambut saya'. Akhirnya, jadi kenyataan jugak... memang rambut saya agak senget sikit (huhu). Jgn risau.... dia dah betulkan balik.

Dari gerai Atika, kami balik ke rumah. Mak tak sampai rumah lagi... mak pergi melawat adik auntie Sada yang sakit kanser, warded di hosp. Selayang. Keadaannya agak tenat. Dulu2, saya ada cerita pasal mak pi jalan2 ngan auntie Sada kat sini

Ada masa terluang, saya bukak FB. Innalillah... dapat berita yang sahabat saya masa di ITM Melaka dulu telah meninggal dunia pagi tadi @ 9.45 am. Beliau menderita sakit SLE. Anak2nya 2 org, masih bersekolah rendah (kalau x silap). Beliau dan saya, tidaklah begitu rapat... cuma bertegur sapa je sbb berlainan course, blok asrama pun lain2. Sungguhpun begitu... beliau yg saya kenali, seorang yg sangat peramah, periang dan riuh rendah. Ramai yg menyenanginya atas sifat happy go luckynya itu. Setelah lama menderita (dan ditempatkan di ICU), Allah telah menjemputnya.... 

Tak lama kemudian... mak pun balik. Mak cerita, kat hospital tadi.... anak kpd adik auntie Sada dah sampai. Sorang dari Qatar... dah sampai semalam. Sorang drp UK... baru je sampai tadi. Mak kata.... sangat2 terharu melihat keadaan anak beranak tu. Anaknya kata... `kenapa tak bagitau mak sakit teruk sampai mcm ni'. Selain kanser, ibunya juga sakit kencing manis dan dah terlantar sakit agak lama... mungkin tak de siapapun inform sbb tak nak ganggu studynya dan juga belanja flight yg mahal... wallahuallam. Tengah2 mak cerita... dapat call. Beliau telah meninggal dunia... 2 jam setelah bertemu dgn anaknya itu... Innalillah... Kalau saya ada kat situ masa tu, mesti saya tangkap leleh yg melampau...

Allahuakhbar... 3 kematian yg saya dengar hari ni... daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali... Allah.... bersediakah kita utk bertemu dengannya? 

Wednesday, May 2, 2012

Terima Kasih Boss

Assalamualaikum...

30 April 2012 (Isnin), adalah hari terakhir boss saya ~ Pengarah BPSM, Encik Azman Abdullah berkhidmat di MQA. Lepas ni, beliau akan bertugas di Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sbg Timb. SUB BPSM. Memandangkan en. boss cuti pada tarikh tersebut, maka majlis perpisahan diadakan pada 27 April 2012 (Jumaat).

~Selamat Maju Jaya~
Cenderahati drp kami... warga BPSM
En. Boss dah tak de - solat Jumaat
Kami buat majlis sendiri2 je... menu: nasi bukhara, laksa, trifle, buah2an, kuih2an, pulut kuning dan rendang, aiskrim dll. Cam biasa... ada la dibuat video khas utk en. boss. Kreatif sungguh adinda2 saya ini.

Hmm... sayu pula. 4 tahun bersamanya... mcm2 pengalaman ada. .. pahit, manis, kelat, suka, duka. Terima kasih di atas tunjuk ajar, ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dgn kami selama ini. Lepas ni, ntah siapa pula penggantinya. Semoga En. Azman tak lupakan kami di sini.

30 April hari last day boss tapi dia cuti. 1 Mei cuti hari buruh. Hari ni, 2 Mei tgk bilik boss gelap je... dia betul2 dah pergi.. 

Sunday, April 29, 2012

Sepetang Bersama Nona dan Hawa

Dulu, kami berkawan baik...masa bersekolah di Sek Men Puteri Titiwangsa, KL.... Form 4, saya dan Hawa terpisah sbb Hawa berpindah ke SMS Sultan Hj Ahmad Shah, Pekan. Nona ke SMS Teluk Intan. Tak lama kemudian, saya juga menyusul ke SMS Sains Teluk Intan. Lepas tu, tak bersua muka dah... w/pun masing2 stay di Gombak / Wangsa Maju.

Eh... ada jumpa... saya attend wedding dorang dan dorang attend wedding saya... Lamaaaaaa dah.

Baru2 ni, berjumpa semula... sengaja dirancang bertemu masa cuti pertabalan Agong 11 April 2012. Sepatutnya, lebih ramai lagi... ada Hasliza, Yanti dan Nazimah. Tapi, masing2 ada hal yg perlu didahulukan.. Maka, kami bertiga shjlah. Tempat yg dijanjikan adalah di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju @ 3 pm.


Bila berjumpaaaaa.... seronok bukan main, w/pun hanya ber3. Selain dari mengomen saiz badan msg2, aktiviti terkini turut menjadi topik utama perbualan.



Dua2 org ni bisnes woman.... Cerita yg keluar, of course all about business. Seronok dengar kejayaan mereka. Saya? Pekerja gomen... alhamdulillah.



Pertemuan berakhir selepas jam 6. Ntah bila ketemu lagi......

Saturday, April 21, 2012

Hari Keempat.. Kelima di KK, Sabah

Assalamualaikum.... 

Hari ke 4 di KK, bersamaan 13 Mac 2012 ~ Apa atur cara hari ni? Free n easy... Check out dari Tune Hotel, KK.. pas tu jln2 mana suka. Saya cadangkan pergi ke Cultural Village (ada bbrp tempat), tapi Dania nak melawat muzium... Ouch! Saya kurreenngg sikit la ngan muzium ni. Tapi disebabkan Dania, ai follow...

Di Tune Hotel's Lobby.... tengah check out
Selesai check out, kami beli breakfast di kedai tepi hotel.. mcm2 ada dan harganya pun sgt2 reasonable. Kamera tersangkut di bahu saya, tetiba adik2 ni beria2 suruh saya ambil gambar dorang... Alahai, bukannya saya tak nak tapi tgn saya penuh dgn bungkusan makanan, cam mana nak pegang kamera lagi.

Saya kata la... tgn saya penuh (byk benor kamu soping makanan ek?), susah nak pegang kamera. Tapi dorang ttp beria2 soh saya tangkap gambar... Katanya, mintak tunjukkan gambar dorang ni kat KL. Hehehehe... tak sampai hati la pulak saya dengar. Akhirnya, setelah susah payah.... jadiklah gambar cam kat bwh ni... dan saya dah tunaikan hajat depa2 ni....
Tat Tadaaaaaa........
Lepas breakfast, kami pegi ke Signal Hill... Tak de la tinggi mana pun, tapi boleh tengok view KK city dan laut semua... Sangat cantik... Mavelos batcha! 


Signal Hill ni, adalah tempat tertinggi di KK. Di area ni, ada rumah2 besar dan kondo yg cantik2...                                                                                                                                                                                                                        
KK City
                                                                                                          


                                                                                                          

Lepas tu... kami pegi ke Muzium Tamadun Islam, Sabah. Harga tiket RM2 dan percuma utk kanak2. Kalau umur 55 dan ke atas pun percuma. Kat dalamnya, dipamerkan replika pedang2 sahabat Rasulullah, Al Quran cetakan tangan dsb.... tak leh tangkap gambar.. :(

Berdekatan muzium ni, ada Muzium Sabah.... besaarrr... boleh guna tiket yang sama utk masuk. Tak yah beli lagi... Tetap juga tak leh tangkap gambar.                                    
        
Tak leh snap gambar kat dlm... snap kat luar aje la..
Kat dalam ni, ada dipamerkan rangka ikan paus (Bryde's Whale) yg sanggaatt besar... Panjangnya 18.6m, dijumpai mati terdampar di Pulau Gaya, 2006.   
                 
Besarnyaaaaa....
                                                                                                                                                                  
Depan Muzium
Berehat sebentar
Seswai ngan Erin
Kendian..... pi lepak2.. mkn2.. minum2 di pantai Tanjung Aru. Pantainya cantik, tapi nak masuk kedai makan ada bawwww skett... kedai makannya, ok.                                                                                                                         


                                                                                                        



Dah kenyang di Tanjung Rhu, baru pi hotel Le Meridien utk check in. Masa tu dah kol 5.45 kot. Disebabkan hotel ni mahal, sewa sebilik je... sumbat semua org. Saya dah byk kali stay kat sini (sbb keroje) dan now nak bg anak2 pulak rasa dok sini. Semalam cukuplah..... asalkan dorang enjoy. 



Dok sini sangat best, sbb bilik cantik n selesa... sgt2 berdekatan dgn tempat makan, shopping (souvenirs)... dekat ngan pasar segar lagi. Harganya murah dan sgt2 fresh. Dolu2, ada gak saya beli mknn laut then pack bwk balik, tapi la ni... dah tak kose dah. 



Saya ambik bilik facing sea-view.... Subhanallah, Al Baqarah ayat 117:


"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Ia berkehendakkan (untuk menjadikan) sesuatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia"

Thru the window
Malamnya pulak, apa lagi... pekena sea food lerrr... seberang hotel aje. Byk sangat kedai sampai confuse nak dok kat mana.
Deretan warung sea food


                                                                                          
Pemandangan di waktu pagi


Kawasan mkn2 mlm tadi dah di`clear'kan... ada pulak kami nampak sorang minah salleh tgh sun bathing kat tepi tembok tepi laut tu.... eeiuuuwwwww...... 



Untuk hari terakhir ni, barulah anakanda 2 org ni terjun kolam (hotel sbl2 ni tak de kolam).

                                                                                                                         


Kami check out tepat kol 12.30... tak tuju airport dulu, tapi terus ke Kg. Tanjung Aru Baru..... Jln2 lagi tengok floating village, manfaatkan masa yg ada. Flight kol 3.30 (klu x silap). Ia terletak berhampiran dgn Sutera Harbour, on the way to airport. 








Akhirnya, tiba masa utk pulang....
Pulang... marilah pulang.. marilah pulang... bersama-sama...

Alhamdulillah...